fbpx

Jom Kenali Sasterawan Negara Malaysia

Menurut Kamus Dewan Bahasa, sasterawan memberi makna: (1) orang yg meng­hasilkan karya sastera; pengarang; pu­jangga; ahli sastera. (2) orang yang ahli tentang sastera. (3) orang yang cerdik pandai. Jadi kali ini, LOCCO nak memperkenalkan antara tokoh sasterawan negara yang bukan sahaja telah banyak menyumbang kepada negara malah memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat dengan karya-karya nukilan mereka sehinggalah ke hari ini.

Tanpa buang masa, jom kita kenali tokoh-tokoh ini:

Keris Mas

Jika disebut Kamaluddin Muhamad, mungkin ramai tidak mengenali beliau. Hakikatnya, beliaulah yang digelar Keris Mas. Beliau merupakan seorang wartawan, editor, pengkritik dan sasterawan yang memberi impak besar kepada masyarakat dengan karyanya yang berkisarkan isu masyarakat seperti Anak Titiwangsa dan Dua Zaman. Dalam karier kewartawanan, beliau bertugas di akhbar Melayu Raya dan Warta Negara sebelum berpindah ke Utusan Melayu di Singapura. Kemudian, beliau berpindah ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum bersara pada tahun 1977. Hasil daripada kerja kerasnya, beliau diangkat sebagai Sasterawan Negara pada tahun 1981 dan menjadi penerima pertama dalam anugerah tersebut. Kini, namanya terus diabadikan seperti Kolej Keris Mas di UKM.

Usman Awang

“Kalau tak berani, tak payah jadi penulis”, kata-kata ini menjadikan dirinya lebih bersemangat dalam memperjuangkan seni Bahasa Melayu. Nama Usman Awang memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau sememangnya lagenda penulisan negara yang berani untuk mengkritik status Bahasa Melayu melalui karyanya. Bermula sebagai anggota polis kemudian mula menulis untuk Mingguan Melayu sehingga bersara pada tahun 1985 setelah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam karyanya, beliau menggunakan nama Tongkat Warrant untuk menyembunyikan identitinya. Antara karyanya yang popular seperti Kurang Ajar, Ke Makam Bonda, dan Pak Utih. Beliau diangkat sebagai Sasterawan Negara pada tahun 1983. Kini, namanya masih ada di Malaysia seperti SK Dato Usman Awang di Johor.

A. Samad Said

Mempunyai sifat ketegasan yang sama dengan seperti sasterawan, Usman Awang dalam kritikan dan pandangan melalui karyanya yang mempunyai banyak nilai yang tersirat seperti naskah Salina. Walaupun perjalanan hidupnya masih berkontroversi, namun semangatnya sebagai seorang pengarang haruslah dicontohi lebih-lebih lagi untuk menggerakkan ASAS 50 bagi menekankan nilai kesusasteraan. Hasil daripada kerja kerasnya, beliau dianugerahkan Sasterawan Negara pada tahun 1985 dan Sasterawan Nusantara pada tahun 1999.

Muhammad Haji Salleh

Sebagai seorang ahli akademik, beliau memfokuskan ilmu dalam membentuk masyarakat. Beliau komited untuk membawa sastera Melayu ke benua luar daripada Asia Tenggara. Beliau juga telah menjadi pencetus kepada penubuhan Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi sebagai pusat kajian Melayu. Antara teks sastera klasik yang dikajinya ialah Hikayat Isma Yatim dan Hikayat Hang Tuah. Karya-karya ini telah diterjemah ke dalam 12 bahasa termasuk bahasa Denmark dan Itali. Beliau telah dianugerahkan Sasterawan Negara pada tahun 1991.

Zurinah Hassan

Dilahirkan di Alor Setar, Kedah, karya yang beliau hasilkan lebih bersifat neutral dengan banyak memasukkan elemen tempat supaya isi yang disampaikan santai dan tidak berat seperti Tanjung Dawai dan Pantai Remis. Karya-karyanya juga telah diterjemah ke dalam bahasa Rusia seperti Kota Melaka dan Catatan Untuk Suami. Pada tahun 2015, beliau mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama dianugerahkan Sasterawan Negara setelah penilaian terhadap karya dan impaknya dalam penyebaran ilmu sebagai seorang penyair.

KEMPEN LOCCO!

Bersempena dengan Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia #KLWBC2020, LOCCO dengan kerjasama Persatuan Gerakan Sukarelawan Anak Kelantan berperanan dalam mempromosikan Kempen Buka Buku sepanjang satu bulan untuk menyokong #KLBaca sebelum kempen diserahkan ke Ibu Kota seterusnya. Pelbagai program dan pertandingan telah disusun buat anda.

Ikuti sosial media kami!

 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Related Posts

Eksplorasi Sejarah Kota Georgetown

Sejak Georgetown dibangunkan oleh Francis Light pada 1786, kota ini terus berkembang menjadi sebuah bandar yang pesat dengan warisan budaya, bangunan lama dan aktiviti kemasyarakatan.

Rachel Gray: The Wildlife Artist

Do you guys know who is the first British female artist to have a solo exhibition at Malaysia’s National Art Gallery? Yup, it’s Rachel Gray,

Gabungan Tradisi-Moden Seni Wayang Kulit

Tidak salah untuk kekalkan nostalgia asalkan selari dengan peralihan masa. Dahulu, kita kenali wayang kulit sebagai bentuk persembahan dengan watak-watak sejarah seperti laksamana yang diserikan