fbpx

Ramuan Penaik Aroma Laksa

Semua orang mesti pernah makan laksa kan? Kepekatan kuahnya yang menaikkan lagi selera kita untuk menghirup sampai licin pinggan. Ada pelbagai rasa untuk setiap laksa seperti kuah yang berlemak, ada yang manis, ada juga yang masam dan tak lupa yang mereka menggemari rasa kepedasan. Senang cerita laksa mempunya pelbagai variasi mengikut negeri yang memberi keunikan aroma yang tersendiri dan pastinya akan membangkitkan selera apabila melihat.

Laksa juga turut diakui oleh Anthony Bourdain, chef selebriti yang terkenal sebagai ‘Breakfast of the Gods’. Antara makanan yang sangat popular di Malaysia sehinggakan diiktiraf sehingga antarabangsa. Tapi, bukan itu yang ingin dikongsi tapi lebih kepada ramuan yang hampir digunakan oleh kesemua resepi laksa yang menjadikan penaik aroma dalam masakan ini. Jom kita lihat satu per satu:

Asam Jawa / Asam Gelugur

Asam Jawa
Asam Gelugur

Asam jawa ataupun celagi ialah sejenis pokok yang menghasilkan buah asam. Asalnya, pokok ini tumbuh di Senegal dengan nama Dakar yang terus menjadi ibu negeri di situ. Penyebaran pokok asam ke Asia termasuk Malaysia dilakukan oleh para pedagang Arab yang singgah di di situ. Cukup dengan sejarah. Dalam penyediaan kuah laksa, asam jawa akan dilarutkan ke dalam air kemudian air tersebut akan dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti ikan atau udang untuk dijadikan kuah seperti Asam Laksa. 

Asam Gelugur ataupun asam keping juga merupakan pokok cuma ianya berasal dari Semenanjung Malaysia. Dalam penyediaan kuah laksa, prosesnya sama seperti laksa biasa namun asam keping akan menggantikan asam jawa dalam larutan air seperti Laksa Kedah.

Daun Kesum / Daun Salom

Daun Kesum
Daun Salom

Kesum adalah sejenis tumbuhan herba dan tumbuh di negara yang beriklim tropika termasuk Malaysia. Kalau tiada daun kesum, kuah laksa tidak akan jadi kerana daun ini akan menghasilkan rasa lemak manis dan aroma yang menyelerakan. Dalam sajian Asam Laksa atau Laksa Penang, daun kesum akan diletakkan ke dalam kuah laksa setelah kesemua bahan-bahan kisar dicampurkan.

Pokok selom pula sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur dan meluas di kawasan yang beriklim sederhana dan tropika. Daun selom boleh dijadikan antara gabungan sayuran dalam ulam. Daun ini juga diletakkan dalam kuah Laksa Kedah.

Bunga Kantan

Pokok Bunga Kantan ataupun bunga siantan merupakan sejenis pokok herba. Jika anda dapat melihat bunga tersebut, yang menonjol adalah bunga merah jambu yang digunakan dalam pengaturan hiasan. Tunas bunganya yang dikenali sebagai bunga kecombrang merupakan ramuan penting dalam masakan Melayu seperti laksa. Bunga ini akan diletakkan dalam kuah laksa untuk menghilangkan rasa hanyir daripada ikan ataupun udang.

Serai / Lengkuas

Serai
Lengkuas

Serai adalah tumbuhan yang berasal dari Sri Lanka dan tersebar luas di kawasan tropika. Majoriti masyarakat Asia akan menggunakan serai dalam masakan terutamanya di Asia Tenggara.

Lengkuas pula merupakan sejenis tumbuhan rizom dan banyak digunakan dalam perubatan dan masakan di Asia Tenggara. Rupanya lebih kurang sama dengan halia. Bezanya bahagian kulit lengkuas lebih gelap dan bahagian dalam seperti merah jambu. Jangan tertukar pula dengan halia.

Dalam penyediaan Laksa Sarawak, lengkuas akan dikisar bersama-sama dengan serai dan sebagainya sebelum dicampurkan dalam kuah laksa untuk menambahkan aroma.

Otak Udang @ Petis

Jangan keliru dengan nama ini. Kita mungkin lebih kenal ia sebagai belacan cuma ini dalam bentuk pes yang dikenali sebagai pes udang atau juga dipanggil petis. Anda boleh mendapatkan pes udang di pasaraya dengan harga yang murah. Rasanya lebih masam dan sesuai untuk disediakan sebagai pes dalam Asam Laksa.

Nak tahu lebih lanjut mengenai jenis-jenis laksa yang ada di Malaysia, boleh check posting dekat bawah ni.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Related Posts