fbpx

Pesta Perahu Naga: Simbol Kebudayaan dan Kekuatan Fizikal

Tahukah anda, 14 Jun merupakan hari istimewa bagi kaum Cina di mana mereka akan meraikan Pesta Perahu Naga sebagai simbol kesetiaan kepada negara dan ketaatan kepada ibu bapa. Simbolik ini dirujuk seperti mana dalam versi-versi lagenda yang mengisahkan asal-usul pesta ini seperti Lagenda Qu Yuan, Wu Zixu dan Cao.

Anda boleh mencari sendiri siri-siri ini kalau nak tahu lebih mendalam tentang budaya iniu. Apapun, kita akan fokuskan kepada kemasukan Pesta Perahu Naga di Malaysia dan penglibatan masyarakat dalam pesta ini secara solo mahupun dalam perlumbaan.

Kemasukan Pesta Perahu Naga ke Malaysia

Bak kata orang, bawalah bersama tradisi dan budayamu ke serata dunia. Majoriti mengatakan bahawa para pedagang dan penduduk Cina yang datang dari China telah memperkenalkan Pesta Perahu Naga. Hasilnya, pesta ini mendapat sambutan yang meluas bukan sahaja daripada kaum Cina, malah turut diikuti oleh kaum-kaum yang lain lebih-lebih lagi melibatkan perlumbaan perahu naga. Takuhah anda, Pesta Perahu Nagatelah dimasukkan dalam terbitan Temasya dan Pesta Malaysia oleh Badan Promosi Pelancongan Malaysia, sebuah kumpulan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Badan ini mengiktiraf Perlumbaan Perahu Naga sebagai;

“… sukan fokus kumpulan yang menggalakkan disiplin, harmoni, kekuatan fizikal dan ketahanan mental… (dan) sukan yang dihormati di mana ia menyemai keharmonian bangsa…”

Aktiviti-Aktiviti

  1. Memasak Bebola Pulut
    Tadi kan saya ada sebut tentang Lagenda Yu Quan. Tahukah anda, pada zaman China purba, orang kampung akan melontar bebola nasi ke sungai untuk menenangkan naga dan makhluk sungai seperti mana yang tercatat dalam lagenda tersebut. Dengan peralihan masa, bebola pulut turut berkembang dari segi bentuk, bahan dan rasa. Bebola pulut ini dikenali di China sebagai zongzi di mana bentuknya seperti ketupat nasi dan akan berubah mengikut kawasan. Ia akan disaluti dengan daun buluh secara biasa dan boleh diganti dan daun-daun lain seperti daun jagung dan daun pandan mengikut amalan keluarga. Intinya pula akan berbeza mengikut cita rasa masing-masing. Walau bagaimanapun, beras pulut akan menjadi bahan asas. Biasanya, keluarga tradisi Cina akan memasak zongzi sehari sebelum Pesta Perahu Naga dan menawarkannya kepada nenek moyang dan dewa-dewa sebagai tanda penghormatan sebelum mereka sendiri menjamunya.

Di Malaysia, zongzi dikenali sebagai Chang. Dah kalau nak pun bertukar, mesti bahan dan rasanya juga berbeza. Terdapat beberapa jenis Chang yang selalu disediakan di Malaysia seperti;

  • Bak Chang: Bahan-bahan mengandungi daging khinzir, kuning telur masin, buah berangan, udang kering, dan cendawan. Nasinya akan berwarna perang.

  • Kiam Tee Chang: Ia juga dikenali sebagai ketupat nasi pulut Nyonya dan dianggap sebagai keistimewaan kaum Cina Malaysia. Bahan-bahan mengandungi daging khinzir cincang dan labu air serta lima rempah(bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, jintan dan lada hitan Szechuan).

  • Kee Chang: Ini adalah pulut biasa dengan air beralkali. Biasanya, ia akan dimakan bersama gula atau air gula dan dianggap sebagai pemanis mulut.

  1. Perlumbaan Perahu Naga
    Mungkin tahun ini kita tidak akan melihat perlumbaan ini di sungai, namun perlumbaan perahu naga menjadi popular pada tahun-tahun sebelumnya. Acara ini akan tertumpu di sungai seperti di Melaka dan Pulau Pinang. Lama-kelamaan, acara ini telah berkembang sebagai sukan profesional dengan tertubuhnya Persekutuan Perahu Naga Antarabangsa(IDBF) pada tahun 1991.

3. Peserta

  • Individu
    Anda rasa anda mampu? Untuk memasuki perlumbaan, satu pasukan memerlukan peserta yang mampu bertahan dari segi kekuatan otot dan paru-paru yang kuat. Jika anda betul-betul nak masuk dalam perlumbaan, anda dinasihatkan untuk berlatih untuk mencapai kekuatan dan ketahanan yang maksimum supaya tubuh badan anda sudah serasi dengan perlumbaan dan terlindung daripada kecederaan.

  • Pasukan
    Setiap pasukan boleh memiliki strategi sendiri untuk meningkatkan peluang untuk menang asalkan mengikut segala peraturan yang ditetapkan penganjur. Antara prasyarat untuk memasuki perlumbaan adalah kemahiran untuk mendayung secara seragam.

Kesimpulannya, Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya daripada kaum-kaum yang menetap di sini. Setiap kaum berhak untuk menganjurkan perayaan dan menyambut perayaan kaum-kaum lain asalkan tidak melanggar hukum dan peraturan agama masing-masing.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Related Posts