fbpx

Prana Resort Nandana, Koh Samui Sempurna Untuk Berdua-duaan

Buat pasangan yang sedang mencari lokasi percutian untuk menghabiskan masa berdua-duaan, apa kata anda jadikan Prana Resort Nandana, Koh Samui sebagai pilihan. Hotel yang terletak pantai Bhoput ini menjanjikan sebuah percutian yang cukup sempurna. 

Ia juga bukan calang-calang kerana sudah banyak pengiktirafan yang diraih, termasuklah Anugerah Green Hotel Standard (Emas) oleh Jabatan Promosi Kualiti Alam Sekitar Thailand. Satu fakta menarik untuk dikongsi, pemilik resort ini merupakan seorang rakyat Malaysia, Datuk Seri Vijay Eswaran dari Kumpulan QI.

Membawakan tagline indulge, relax, dan recharge, The Prana Resort Nandana pasti tidak mengecewakan. Lebih-lebih lagi jika anda sememang mencari ruang untuk bermalas-malasan di dalam suasana tenang dan mendamaikan. Landskap hotel juga menghijau sesuai dengan pendekatan hotel yang mahu mengangkat pelancongan lestari demi kesejahteraan bumi.

Terdapat 2 buah bilik yang ditawarkan di resort ini dan kesemua bilik menjanjikan perkhidmatan terbaik demi keselesaan tetamu. Setiap bilik tampil bergaya dengan rekaan moden, eksklusif serta diwarnai dengan elemen percutian pantai.

Antara jenis-jenis bilik yang boleh dijadikan pilihan ialah cozy deluxe, cool pool access, the rooftop suite, tropical seaside dan oceanfront premium. Percayalah, tidur malam anda pasti lena. Malah tidak mustahil anda akan berasa enggan untuk meninggalkan bilik. Apa tidaknya, selain menawarkan tilam dan bantal yang cukup selesa, program-program televisyen termasuk Netlix turut tersedia.

Belajar memasak, manjakan diri di spa

Selain ke sana sini menjejak tarikan yang ada di pulau ini, anda juga boleh mengikuti aktiviti yang tersedia di resort. Ada kelas memasak hidangan Thai buat yang berminat untuk mempelajarinya. Percayalah, walaupun memasak bukanlah minat atau kebolehan anda, pasti anda berasa seronok apabila melihat hidangan tersaji di atas meja.

Antara menu yang boleh anda pelajari ialah tomyam sayuran, kari hijau Thai, dan popia sayuran. Setiap resipi disediakan oleh chef pengalaman dan anda boleh memahami arahan yang diberikan dengan mudah. Jangan panik jika ketinggalan, kerana setiap peserta dibekalkan dengan resipi lengkap untuk anda ikuti perlahan-lahan. Jika masih kurang yakin, jangan malu meminta bantuan krew yang bertugas.

Selesai memasak, setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan berserta gambar untuk dijadikan kenangan-kenangan.  

Alang-alang sudah menginap di sini, bawalah pasangan anda  memanjakan diri di Amezcua Spa. Di sini anda akan dibelai dengan berhati-hati bagi memastikan kunjungan anda ke sini tiada penyesalan.

Pilihlah rawatan yang diperlukan oleh tubuh badan anda. Dapatkan nasihat daripada kakitangan spa yang terlatih supaya mereka boleh menyarankan rawatan yang paling tepat.  Selain boleh mendapatkan urutan badan, anda juga boleh melakukan rawatan badan yang lain seperti lulur, rawatan wajah dan urutan kaki. 

Jadi tungu apa lagi? jika anda dambakan sebuah percutian mendamaikan, rancanglah percutian di Prana Resort Nandana, Koh Samui. Ia pasti menjadi satu pengalaman eksklusif yang tidak mungkin anda lupakan.

Untuk maklumat lanjut layari https://pranaresortsamui.com/

Facebook
Twitter
WhatsApp

Related Posts