fbpx

Nikmati Selera Ibunda Ramadan Ini – Thyme Out Café, AICB

Ramadan tiba! Ramadhan tiba! Ramadan tiba!

Tahun ni jom cuba berbuka puasa di Thyme Out Cafe (level G) di dalam bangunan AICB yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur berhampiran dengan Pusat Pendidikan Kewangan, Jalan Dato ‘Onn. 

Lokasi yang baru dibuka ini menawarkan bufet Ramadan yang bertemakan ‘Selera Ibunda’ sangat match dengan korang yang merindui masakan ibu kat kampung lagi-lagi ketika masih belum boleh merentas negeri. Dah nama bufet memang banyak menu juadah yang jarang-jarang korang boleh makan seperti Telur Ikan Mayong Asam Pedas, Daging Tetel Gulai Kawah, Udang Galah Asam Lemak dan banyak lagi la. Pilih je yang mana korang nak makan dari pembuka selera sampailah ke pencuci mulut yang confirm puas kalau pilih berbuka di sini.

Sekarang ni tengah ada promosi RM 98 sahaja untuk setiap dewasa di mana korang kena book sehingga 12 April 2021 untuk dapatkan harga istimewa ini. Harga biasa akan untuk setiap dewasa (RM115)  dan setiap kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun (RM57). 

Waktu operasi pula dari pukul 6.30 petang hingga pukul 10 malam setiap hari bermula 14 April sehingga 9 Mei 2021. Apa tunggu lagi masih sempat untuk korang book dan jangan lupa ajak sekali keluarga dan rakan-rakan berbuka puasa bersama-sama. Ruang solat juga disediakan di aras 4 buat anda!

Untuk tempahan korang boleh hubungi di talian +603 2602 4120 / Whatsapp di +6010 429 2776 atau boleh emel di thymeout@stfresources.com / Instagram: @aceconferencecentre

Facebook
Twitter
WhatsApp

Related Posts