Bulan puasa adalah bulan yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam untuk memperbanyakan beribadah kerana pada bulan mulia ini setiap kebaikan yang dilakukan akan memberi ganjaran yang berlipat ganda. Walaupun sedikit berbeza seperti tahun yang sebelumnya dengan norma baru, semangat dan kemeriahannya masih sama untuk diraikan tanpa mengira bangsa dan agama. Pastinya ada beberapa perkara yang ditunggu-tunggu dan dirasai oleh semua rakyat Malaysia.
Jom kita lihat!
1. Bazar Ramadan
Tidak meriahlah bulan puasa kalau tiada bazar Ramadan dan berita baiknya tahun ni, kebanyakkan negeri telah membenarkan bazar Ramadan untuk beroperasi seperti tahun-tahun sebelumnya dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Siapa jekan yang tak suka bazar Ramadan ni, sebab terdapat pelbagai jenis juadah yang jarang-jarang boleh kita lihat dari serata negeri yang boleh didapati di satu tempat sahaja. Bukan tu saja, bazar ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mencari dan berkongsi rezeki.
Beli-beli jugak, yang penting jangan membazir ya!
2. Iftar (Berbuka Puasa Bersama)
Haaa…yang ni pun antara yang seronok waktu bulan puasa iaitu tunggu berbuka puasa. Waktu inilah yang jarang-jarang berjumpa akan berkumpul untuk berbuka bersama-sama, secara tak langsung kita dapat mengeratkan kembali hubungan silaturahim.
Pelbagai juadah dapat dikongsi, kita bahagikan makanan dengan jiran-jiran dan ada juga yang akan bersedekah dengan orang yang memerlukan. Paling menarik, orang bukan Islam pun akan turut sama meraikan bulan mulia ini dengan menghormati rakan-rakan yang berpuasa.
3. Masak Apa Harini?
Ini juga akan biasa kita dengar, nak masak apa ya harini? Yang jarang-jarang masuk dapur pun tiba-tiba terasa rajin untuk memasak. Yelah kan selalunya makan di luar tetapi susah juga kalau hari-hari kena bersesak untuk membeli makanan untuk berbuka mahupun bersahur, jadi kenalah memasak.
Time nilah kita boleh lihat orang berkongsi di media sosial resepi-resepi mudah untuk dibuat, ada juga yang berkongsi masakan mereka yang tak menjadi yang memang tak kering gusilah melihat telatah orang yang jarang memasak mencuba untuk menyediakan juadah mereka. Orang kata tak cuba maka tak tahulah kan?
4. Kurma dan Kurma
Kurma antara buah yang tak asing lagi kita yang dapat dilihat ramai yang akan menjual, memberi buah tangan dan memakannya terutama pada bulan puasa. Sebab apa? Buah ini mempunyai banyak khasiat untuk diamalkan terutamanya bagi orang yang berpuasa untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
Macam-macam produk berkaitan kurma kita akan dengar dari kaca tv sehinggalah ke radio dengan bisikan seperti Yusuf Taiyoob… menunjukkan betapa popularnya buah kurma ni. Kepada yang berpuasa, jom kita amalkan buah ini kerana ia merupakan sunnah untuk diikuti bagi umat Islam.
5. Done Tarawih
Bulan puasa rasa tak sempurna tanpa menunaikan solat tarawih di masjid, surau mahupun di rumah. Orang Islam akan memenuhi ruang-ruang ini untuk melakukan ibadah sunat untuk mendapatkan keberkatan pada bulan yang mulia ini. Walaupun sedikit berbeza tahun ni dengan adanya penjarakan sosial namun kita masih diberi berpeluang untuk menunaikan ibadah secara berjemaah.
Tidak kurang juga dengan perkongsian di media sosial dengan ‘Done Tarawih’ menunjukkan mereka tidak lepas untuk beribadah walau di mana pun berada. Gambar bertelekung, gambar di masjid dan seumpamanya akan rancak dilihat kita semua.