Kuala Lumpur, 26 Januari 2022: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
(MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia telah bekerjasama dengan GoPro dalam
usaha menggiatkan semula industri pelancongan bagi mempromosikan keindahan
kehidupan dan destinasi-destinasi di Malaysia menerusi pembikinan video ‘Dream
Malaysia’.
‘Dream Malaysia’ merupakan kempen yang mengetengahkan tarikan-tarikan
ekopelancongan dan pelancongan desa selain memberi inspirasi kepada Keluarga
Malaysia untuk melancong ke lokasi-lokasi unik yang masih belum diterokai serta
mencipta kenangan baharu dengan menggunakan kecanggihan kamera GoPro.
Kempen ini bermula pada Mac 2021 dengan penganjuran pertandingan video ‘Dream
Malaysia Challenge’ antara 13 hingga 28 Mac di mana orang ramai berpeluang
memenangi alatan elektronik GoPro terkini serta pakej percutian berasaskan alam semula
jadi yang menarik di Taman Negara, Gopeng Glamping Park dan Bukit Tadom.
Pertandingan ini telah berjaya meraih sebanyak 133 penyertaan. Dengan pemansuhan
sekatan perjalanan dan kadar vaksinasi yang tinggi, rakyat Malaysia kini boleh
merealisasikan impian mereka untuk melancong di dalam negara.
Kempen ini bermula pada Mac 2021 dengan penganjuran pertandingan video ‘Dream
Malaysia Challenge’ antara 13 hingga 28 Mac di mana orang ramai berpeluang
memenangi alatan elektronik GoPro terkini serta pakej percutian berasaskan alam semula
jadi yang menarik di Taman Negara, Gopeng Glamping Park dan Bukit Tadom.
Pertandingan ini telah berjaya meraih sebanyak 133 penyertaan. Dengan pemansuhan
sekatan perjalanan dan kadar vaksinasi yang tinggi, rakyat Malaysia kini boleh
merealisasikan impian mereka untuk melancong di dalam negara.
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dalam ucapan
perasmiannya berkata, ‘Dream Malaysia’ menyaksikan gabungan kerjasama yang
memfokuskan kepada pendigitalan dalam menyemarakkan industri pelancongan negara.
Terdapat pelbagai tarikan di Malaysia tetapi masih ada yang belum mendapat perhatian
para pelancong, terutamanya produk-produk ekopelancongan dan pelancongan desa.
Melalui GoPro, kami mahu menampilkan kandungan dan perspektif baharu melalui
pengalaman pengembaraan yang menakjubkan bagi Keluarga Malaysia dan warga dunia.
Sementara itu, En. Rick Loughery, Naib Presiden Pemasaran Global dan Komunikasi di
GoPro yang turut hadir menyatakan pihaknya amat berbesar hati untuk bekerjasama
dengan Tourism Malaysia dan mempamerkan destinasi-destinasi yang menakjubkan di Malaysia.
Matlamat GoPro adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk
merakam dan mengabadikan memori mereka melalui pelbagai sudut manakala Tourism
Malaysia memainkan peranan dalam mengetengahkan destinasi-destinasi yang kaya
dengan tarikan dan budaya.
Pasukan GoPro serta penyedia kandungan (content creators) di bawah pengendalian
Tourism Malaysia telah mengembara ke beberapa negeri untuk menerokai destinasi
tempatan yang belum diterokai. Dengan penemuan keindahan produk-produk
pelancongan yang tersembunyi, mereka telah memperoleh pengalaman dan mencipta
kenangan yang unik di sekitar Malaysia menggunakan kecanggihan kamera GoPro.
Baki Zainal, Duta Global GoPro yang turut mengambil bahagian dalam perjalanan yang
menarik itu berkata, “Kenangan bersama haiwan laut di perairan jernih Pulau Tioman
serta pengalaman di kawasan alam semula jadi yang hijau di Malaysia pastinya tidak
akan dilupakan. Dengan bantuan kamera GoPro yang terkenal sebagai peranti
pengimejan yang serba boleh dan berprestasi tinggi di pasaran, kami berharap
kandungan yang disediakan akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk
menerokai destinasi-destinasi unik di seluruh Malaysia.”
Video-video yang dihasilkan akan dikongsikan melalui platform media sosial GoPro dan
Tourism Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman Instagram dan Facebook GoPro
@gopromysg serta laman Instagram Tourism Malaysia @malaysia.truly.asia dan
Facebook @malaysia.travel.my.