fbpx

Apa Yang Menarik Di Selama, Perak?

Selama, Perak. Pertama kali aku dengar nama tempat ni, aku pun tertanya-tanya dekat belah mana lokasinya dan apa je perkara menarik yang ada dekat sana?

Itu adalah reaksi untuk orang yang pertama kali dengar mengenai Selama yang terletak di belah Utara Perak. Ternyata lokasi ini merupakan sebuah pusat pelancongan yang memilik pelbagai jenis tarikan dan juga aktiviti menarik yang boleh korang pilih mengikut minat masing-masing.

Jom, aku share dekat korang 5 tempat / aktiviti yang untuk korang alamai sendiri:

1. Sungai Atas Sungai & Telaga Gergasi

Sungai Atas Sungai, nama pun dah cukup menarik dan ia sebenarnya sebuah terusan air yang dilencongkan sepanjang 2.5km daripada Sungai Ijok melalui sebuah jambatan yang dibina pada 1936 oleh pihak British yang merentasi Sungai Redang Panjang di bawahnya untuk disalurkan ke Telaga Gergasi kira-kira 6km kepanjangannya.

Telaga Gergasi merupakan teknologi zaman dahulu yang baik kerana ianya memiliki ciri-ciri moden yang mampu mengawal kadar pengaliran air ke Tasik Bukit Merah seterusnya mengelakkan berlakunya hakisan tanah.

Ia sangat penting untuk masyarakat setempat sebagai sumber untuk pengairan sawah padi dan juga dikhabarkan pernah digunakan untuk pengairan biji timah pada zaman itu.

2. Galeri Keris Pak Din Komando

Peminat seni kraf tangan dan mereka yang ingin lebih mengetahui tentang pembuatan Senjata Melayu Tradisional korang boleh melawat ke galeri Pak Din sendiri yang terletak di Kg. Bagan Baharu.

Korang boleh lihat dengan mata sendiri pelbagai jenis senjata yang pernah dibuat oleh Pak Din seperti keris, golok, bayonet, pedang Melayu, senjata api dan macam-macam lagi. Kebanyakkan senjata dalam simpanan beliau ada yang telah mencecah ratusan tahun usiannya.

Pak Din merupakan mantan komando yang amat arif dengan seni pembuatan sarung keris atau golok dengan menggunakan kayu serian. Ia mempunyai kecantikan corak kayu yang unik dan nilainya akan semakin meningkat mengikut tempoh tahun simpanannya.

3. Selama Rafting

Kalau korang suka rafting, korang patut rasai sendiri pengalaman menyeronokkan menyusuri sungai di Lata Rambung.

Walaupun lokasi ini boleh dikatakan baru tetapi aku sendiri rasa seronok kerana ada instructor yang sangat sporting. Aktiviti ini semestinya akan lebih mencabar kalau korang pergi ketika air cetek dan tidak terlalu deras sebab kena guna kudrat korang untuk melepasi batu-batu sungai.

So, aku cadangkan semak dahulu dengan Selama Rafting untuk tengok keadaan sungai sebelum pergi supaya lebih enjoy dengan aktiviti seperti ini.

4. Waterfall Abseiling

Kalau nak lebih lasak korang kena add on pengalaman waterfall abseiling di Lata Damak. Aktiviti ini amat dicadangkan kepada mereka yang nak cuba untuk lawan perasan gayat dan ingin sesuatu yang sedikit berbeza.

Apa yang menarik di sini adalah permukaan dinding air terjun literally menegak 90 darjah. Bab ini korang bukan sahaja bermain dengan kekuatan fizikal untuk bergerak malah mental juga untuk melawan perasan korang yang ragu-ragu untuk terus bergerak.

Apa-apa pun korang kena cuba sendiri abseiling dekat sini dan boleh hubungi provider Waterfall Abseiling untuk booking sesi korang sendiri.

5. ATV Selama Venture

Nak bermain ATV pun ada dekat Selama di Kampung Sungai Siputeh berdekatan dengan Lata Tebing Tinggi. Korang boleh pilih sendiri jenis-jenis ride yang semudah Fun Ride sehinggalah level yang lebih mencabar seperti Extreme Ride.

Melalui aktiviti bermain ATV korang boleh rasai pengalaman melihat kawasan kampung dan kehijauan panorama yang ada di sekeliling korang. Bagi mereka yang tak pernah main ATV, jangan risau sebab instructor akan jaga dan membantu korang sepanjang ride.

Kalau tak confident boleh cuba pakej Fun Ride yang lebih leisure dan kalau korang berminat nak main ATV Selama Venture bolehlah contact mereka.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Related Posts