Sebagai inisiatif pembangunan bakat dan literasi digital, program ini bukan sekadar melatih pelajar menghasilkan kandungan tetapi membentuk generasi pencipta yang memahami nilai cerita yang baik, beretika dan memberi impak.
Dalam dunia hari ini, pelancongan tidak lagi digerakkan semata-mata oleh kempen iklan. Ia digerakkan oleh kandungan – oleh video, cerita, dan pengalaman yang dikongsi secara organik oleh manusia sebenar.
Dan di sinilah generasi muda memainkan peranan penting.
Kenapa ini penting sekarang?
Melalui Good Creators Academy Malaysia 2026, peserta akan dibimbing secara intensif dalam aspek seperti:
- etika digital dan pembinaan jenama diri
- teknik penceritaan positif
- produksi visual dan kandungan digital
- penulisan skrip dan asas kewartawanan
- serta kandungan berkaitan kelestarian dan ESG
Ini bukan sekadar silibus. Ini adalah asas kepada bagaimana Malaysia ingin dilihat di mata dunia.
Lebih daripada sekadar program
Peserta bukan sahaja mendapat latihan profesional, malah diberi peluang untuk membina jaringan, menerima pendedahan media, serta menyertai bootcamp eksklusif di Kuala Lumpur bagi peserta terpilih.
Daripada 50 peserta awal, hanya yang terbaik akan dipilih ke peringkat seterusnya – satu perjalanan yang bukan sahaja mengasah kemahiran, tetapi membentuk identiti sebagai pencipta kandungan yang bertanggungjawab.
LOCCO melihat penceritaan budaya dan komuniti, terutamanya dapat ini dijadikan satu topik yang boleh digembar-gemburkan tepat pada masanya.
Jika sebelum ini pelancongan Malaysia banyak bergantung kepada kempen berskala besar, kini kita sedang bergerak ke arah sesuatu yang lebih organik – people-driven storytelling.
Kekuatan Malaysia bukan hanya pada destinasi, tetapi pada manusia yang menceritakannya.
Dan untuk memastikan naratif itu kekal relevan, ia perlu datang daripada generasi yang hidup dalam dunia digital itu sendiri.
Sudah tiba masanya untuk kita membina generasi #GoodCreators.
Bukan sekadar untuk menjadi trending tetapi untuk menyebarkan cerita yang baik, membina persepsi yang positif, dan membawa Malaysia ke pentas global dengan cara yang lebih jujur dan berkesan.
Pendaftaran kini dibuka. Layari www.locco.com.my dan mulakan langkah pertama anda sebagai sebahagian daripada gerakan #YangBaikYangTrending./LOCCO



