Terkini, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) sehingga penghujung 2027 – satu langkah yang dilihat sebagai pendekatan strategik, bukan reaktif.
Keputusan ini hadir dalam konteks global yang tidak menentu, khususnya impak konflik geopolitik yang menjejaskan corak perjalanan pelancong antarabangsa.
Malaysia memilih untuk tidak tergesa-gesa mengejar angka, sebaliknya memperkukuh asas; dari segi promosi, keyakinan destinasi, hingga naratif keselamatan dan kestabilan negara.
Ada satu mesej yang jelas di sini: pelancongan bukan lagi tentang “kempen setahun”, tetapi tentang konsistensi jenama negara.

Malaysia mahu kekal relevan, bukan sekadar muncul bermusim.
Dari sudut industri, lanjutan ini membuka ruang yang lebih realistik untuk pemain-pemain pelancongan menyusun strategi dengan lebih matang.
Bagi kami di LOCCO dan juga seasia.news, ini bukan sekadar berita ini adalah peluang untuk menggerakkan naratif yang lebih berlapis.
Kami melihat lanjutan ini sebagai “breathing space” yang sangat diperlukan.
Bukan semua cerita boleh disiapkan dalam satu tahun kalendar.
Cerita tentang Malaysia; tentang manusia, budaya, komunit dan pengalaman memerlukan masa untuk dibina, disusun, dan disampaikan dengan jujur.
Selama ini, pendekatan pelancongan sering terlalu berpusat kepada angka: berapa juta pelawat, berapa bilion hasil.
Tetapi realitinya, pelancong hari ini mencari sesuatu yang lebih; pengalaman yang sebenar, komuniti yang hidup, dan cerita yang boleh dirasai, bukan sekadar dilihat.
Let’s Play in this “Long Game” – LOCCO
Sebagai pemain industri yang berada dekat dengan komuniti kreatif dan acara budaya, LOCCO melihat lanjutan VM2026 ini sebagai satu signal penting:
Malaysia bersedia untuk bermain dalam “long game”.
Kami percaya, kekuatan sebenar negara bukan hanya pada destinasi fizikal, tetapi pada pengalaman yang dikurasi – daripada acara seperti Keretapi Sarong, Hidden Market, sehinggalah inisiatif kecil yang menghidupkan semula ruang-ruang bandar dan warisan tempatan.

Dengan tempoh yang lebih panjang, kita ada peluang untuk:
- membina ekosistem acara yang konsisten, bukan bermusim
- memberi ruang kepada kreator tempatan untuk berkembang
- dan yang paling penting, memperhalusi cerita Malaysia agar lebih dekat dengan jiwa pelancong global
Ini adalah peluang kedua; untuk melakukannya dengan lebih baik, lebih jujur, dan lebih bermakna.
Ini bukan sekadar lanjutan kempen.



