Bandaraya Dubai selain terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan utama, turut muncul sebagai sebuah hub bisnes dunia terutama menerusi sektor bisnes, ekonomi, perumahan, dan kewangan selain dari sektor pelancongan.
Hujung tahun 2018 Locco berada di acara anjuran Dubai Business Events (DBE) yang dibawakan BMC Travel bertempat di The Settlement Hotel, Melaka. DBE adalah biro konvensyen rasmi bagi Dubai.
“Sebagai satu bahagian Dubai Corporation untuk Tourism and Commerce Marketing, matlamat utama kami adalah untuk mewujudkan Dubai sebagai destinasi acara perniagaan utama dengan mempromosikan destinasi menarik melangsungkan mesyuarat peringkat antarabangsa, insentif, persidangan dan pusat pameran yang mampu membantu menambah pembangunan ekonomi, pekerjaan dan pengetahuan,” ujar Isabelle Ng, Trade Marketing Manager Dubai di Malaysia.
Terdapat 30 kumpulan individu profesional dengan pengetahuan khusus mengenai Dubai yang mampu memberi bimbingan, panduan dan sokongan padu kepada penganjur acara perniagaan di peringkat antarabangsa. Terutama dalam merancang mensyuarat atau persidanagan di Dubai.
DBE juga berusaha meningkatkan jumlah pengunjung pada acara perniagaan di Dubai dan mencari peluang-peluang acara perniagaan baru melalui rangkaian ibu pejabat antarabangsa DBE di Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.
Kami bekerjasama dengan ratusan rangkaian hotel, destinasi menarik, PCOs, DMCs dan pembekal perkhidmatan lain di Dubai. Semestinya mewakili yang terbaik di bandaraya Dubai.
“Sebagai sebahagian ahli BestCities Global Alliance, kami berani memberi jaminan tawaran diberikan adalah perkhidmatan tertinggi,” ujar Isabella Ng lagi mengakhiri temu bual kami petang itu.
Keindahan kota raya Dubai semestinya menjadi destinasi ingin dikunjungi menjelang 2019 dan 2020.