fbpx

Buy Malaysian Made Crafts Online

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia memperkenalkan inisiatif pemasaran e-kraf bazar di Facebook bagi membantu usahawan ketika negara berdepan penularan COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata inisiatif itu bermula 8 April lalu dengan memasarkan produk kraf daripada usahawan tekstil, hasil rimba, seramik, logam dan aneka kraf.

“Platform ini turut memudahkan pengguna mendapatkan barang keperluan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta keperluan untuk persiapan menjelang sambutan Aidilfitri, Tadau Kaamatan dan Gawai Dayak.

“Setakat ini, lebih 3,000 penyertaan diterima dan dijangka lebih 700 usahawan kraf dengan bilangan pengikut 2.3 juta bakal menyertai e-kraf bazar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, katanya e-kraf bazar diharap dapat memberi peluang yang besar kepada usahawan kraf untuk memasarkan produk mereka.

“Usahawan boleh menggunakan teknologi digital terkini iaitu telefon pintar bagi mempromosikan perniagaan dalam talian secara lebih meluas.

“MOTAC menyeru lebih ramai usahawan kraf menyertai platform ini dan secara langsung dapat menyemarakkan lagi industri pelancongan, seni dan budaya di masa hadapan,” katanya.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Related Posts