fbpx

8 Tarikan Terrapuri Heritage Village

Terrapuri Heritage Village yang terletak di Setiu, Terengganu merupakan sebuah pusat peranginan yang menempatkan bilik-bilik yang berkonsepkan tradisional dengan menjanjikan pengalaman bertaraf 5 bintang. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh diaturkan bersama pihak Terrapuri yang akan memberikan 1001 perasaan di hati anda. 

Jom kita kenali Terapurri!

1. Sumber dan Ilham

Terrapuri mengambil reka bentuk Rumah Klasik Melayu Terengganu yang berusia lebih ratusan tahun yang diilhamkan daripada kawasan Istana Terengganu pada abad ke-17. Terdapat 29 rumah antik yang dipulihkan di sini dan dijadikan villa eksklusif, galeri dan juga rumah pantai.

3. Rumah Klasik Terengganu

Atau nama lainya Rumah Bujang dibina daripada kayu cengal yang disokong oleh pasak daripada kayu penaga. Rumah ini juga mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Rumah Kemboja & Thailand. Yang menariknya, rumah ini dibina tanpa sebatang paku yang menjadikan ia mudah untuk dipisahkan dan dipasang kembali – senang untuk berpindah ke lokasi baru.

2. Kedudukan yang Unik

Terletak di antara Laut China Selatan dan kawasan paya bakau di Setiu Wetlands, Terrapuri menjanjikan pemandangan yang indah. Kedudukannya yang dikelilingi sebilangan besar habitat seperti laguna, rawa, delta, rawa gambut, hutan Melaleuca menjadikan ia sebuah kawasan yang pasti tenang dan nyaman.

6. Villa Tradisional

Terrapuri menempatkan 20 rumah klasik eksklusif dengan pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, tab mandi berkayu dan peti sejuk. Reka bentuk villa ini masih bercirikan tradisional dan ditambah baik sebagai kediaman untuk keselesaan dan pengalaman yang unik. Setiap rumah mempunyai tarikan yang tersendiri dengan keunikan sejarahnya.

 

3. Halaman Sesayap

Halaman Sesayap merupakan sebuah kawasan yang dijadikan ruang untuk menjamu selera buat pengunjung di Terrapuri. Pelbagai jenis masakan kampung disediakan yang pastinya lazat menjadikan ia sebuah pengalaman yang menarik ketika tinggal di sini.

7. Kemudahan dan Akses

Terrapuri menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung seperti kolam renang, spa dan bilik bacaan. Bagi yang menginginkan perkahwinan berkonsepkan tradisi, tempat ini juga menyediakan tempat untuk majlis dan kenduri buat raja sehari.

4. Aktiviti Menarik

Terrapuri juga mengaturkan aktiviti di dalam dan luar bagi yang gemar akan pengalaman tempatan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti naik bot di Setiu Wetland, melawat Rumah Botol, melihat Kunang-kunang pada waktu malam, dan macam-macam lagi.

8. Pengangkutan

Terrapuri turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk ke villa melalui beberapa tempat seperti Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Jeti Kuala Besut.  Pengunjung juga boleh terus menggunakan perkhidmatan Grab dan teksi ke Terrapuri memandangkan tiada perkhidmatan bas yang terdekat.

Berminat? Anda boleh menghubungi Terrapuri (09 6245020)/(09 6312081) untuk menempah villa atau emailkan ke info@terrapuri.com untuk maklumat lanjut.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Related Posts