fbpx

Jom Kenali Makanan Tradisi Orang Borneo!

Borneo yang meliputi negeri Sabah, Sarawak, dan juga Wilayah Persekutuan Labuan sentiasa menjadi pilihan kita untuk mengeksplorasi Malaysia. Dengan tanah yang mempunyai pelbagai tarikan serta pemandangan yang begitu memukau mata sangat menenangkan jiwa. Tak lupa juga dengan makanan yang sangat unik untuk dicuba ketika berada di sana. 

Mungkin makananan yang biasa korang dengar adalah seperti Ambuyat, Laksa Sarawak, Mee Kolok dan semestinya yang popular Kek Lapis sudah biasa dirasai terutamanya kepada orang Semenanjung. Tapi, bagaimana pula dengan makanan yang lain? 

Jom kita kenali makanan tradisi orang Borneo, mesti ada yang korang tak pernah dengar punya!

Sumber: peppers-love.blogspot.my

 

Hinava

Nama panjangnya Hinava Ginapan dan merupakan salah satu makanan tradisional yang popular bagi kaum Kadazan-Dusun. Kebiasaanya hidangan ini akan disediakan ketika majlis istimewa seperti perkahwinan dan utamanya ketika perayaan Tadau Kaamatan di Sabah. Ramuan makanan ini cukup mudah, ia dihasilkan daripada isi ikan segar yang kemudiannya dicampurkan dengan parutan biji buah bambangan, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam.

Sumber: google.com

 

Latok

Mesti ada yang sudah pernah mencuba latok, ia merupakan makanan tradisi di perkampungan suku kaum Bajau Laut di Semporna, Sabah. Latok merupakan makanan dari jenis rumpai laut. Jangan risau, makanan tersebut selamat untuk dimakan kerana dipercayai mempunyai khasiat yang baik kepada sesiapa yang memakannya seperti mengawal paras gula dalam darah dan menguatkan tulang dan sendi. Ia boleh dimakan begitu sahaja ataupun dicampur bersama nasi, lauk, dan sayur untuk pelbagaikan lagi.

Sumber: maggi.my

 

Manok Pansuh

‘Manok’ bermaksud ayam manakala ‘Pansoh’ merujuk kepada dimasak dalam buluh. Cara penyediaannya sama seperti lemang di mana isinya akan dimasukkan ke dalam buluh dan dimasak di atas bara api. Makanan tradisi ini berasal daripada kaum Iban dan Bidayuh yang selalunya dimasak ketika majlis keramaian seperti Hari Gawai dan juga jamuan keluarga.

Sumber: reseppedia.com

 

Barobbo 

Barobbo adalah bubur nasi jagung yang merupakan makanan tradisi suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di daerah Sandakan dan Tawau. Dahulu barobbo akan dimasak dengan jagung pulut tetapi sekarang ada juga yang menggunakan jagung manis untuk rasa yang lebih enak. Seperti kebanyakan bubur, ia sangat sesuai dimakan ketika masih panas.

Sumber: google.com

 

Tebaloi

Biskut sagu ini merupakan makanan tradisional kaum Melanau di Sarawak. Ianya diperbuat daripada tepung sagu, kelapa, gula, dan telur. Tebaloi juga boleh didapati dengan lpelbagai jenis perisa dan warna yang berbeza. Setelah siap diadun dan dibentuk rata, tebaloi akan dipanggang menggunakan kayu api untuk mendapatkan rasa asli daripada asap tersebut.

Sumber: kambatikpark.blogspot.my

 

Umai

Kaum Melanau memiliki makanan tradisi yang popular iaitu umai yang digemari oleh semua penduduk di Sarawak. Ianya diperbuat daripada potongan kecil isi ikan mentah yang diperap bersama limau, bawang merah, cili, dan bahan perasa yang lain. Biasanya, ikan dan udang akan menjadi bahan utama untuk umai dan sedap dimakan setelah disimpan di dalam peti sejuk.

Terasa lapar tak? Bolehlah cuba nanti ketika korang berpeluang menjejakkan kaki di Borneo untuk merasai sendiri keunikan makanan tradisi ini. Walaupun sekarang masih belum masa yang sesuai untuk terbang ke sana, apa kata korang cuba masak sahaja di rumah! Alang-alang merasai menu yang lain dapatlah juga kembangkan bakat memasak, ye tak ya?

Facebook
Twitter
WhatsApp

Related Posts