fbpx

RC TVET Pembelajaran Masa Kini

Pembelajaran masa kini jadi lebih mudah dengan adanya RC TVET. Tapi apa itu RC TVET?

RC TVET adalah Learning Management System (LMS) yang dibangunkan oleh Ruang Cikgu sebagai satu platform pendidikan online (e-learning) yang pertama bagi pendidikan TVET. Melalui platform ini, pelajar boleh mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran digital (PdPD) pada bila-bila masa kerana ia hanya menggunakan kaedah rakaman video.

Jadi pelajar akan lebih fleksibel dalam memilih waktu belajar yang sesuai dan dapat  mengulangi topik tidak mengira masa.  Sangat bertepatan dengan norma sekarang yang kebanyakan pelajar sangat terikat dengan pembelajaran melalui virtual-learning.

 Platform ini dilancarkan dengan bertujuan untuk membantu mempermudahkan pelajar TVET di seluruh negara mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi secara digital agar lebih tersusun dan teratur melalui platform tunggal yang lancar.

Dalam masa yang sama, program ini dapat memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global. 

Berikut antara kursus kemahiran yang ditawarkan RC TVET:

Ruang Cikgu menawarkan platform RC TVET secara percuma untuk setahun digunakan oleh semua institusi TVET yang diiktiraf di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai RC TVET, anda boleh layari www.rctvet.com – kini, pendidikan digital adalah masa hadapan yang baru!

Facebook
Twitter
WhatsApp

Related Posts