Adakah anda sudah bersedia untuk satu pengalaman muzik yang luar biasa?
Inilah masanya untuk para peminat setia Noraniza Idris dan pencinta seni budaya Malaysia merasai kehebatan Irama Etnik Malaysia secara langsung! Konsert Qalam Noraniza Idris bakal mencuri hati anda semua dengan keunikan persembahan yang penuh warna-warni tradisi dan budaya.
‘Qalam Noraniza Idris’ merupakan konsert solo pertama daripada Ratu Irama Etnik Malaysia yang sudah 30 tahun berdedikasi mengangkat warisan negara. Durasi konsert ini adalah 150 minit penuh tenaga, menampilkan 12 segmen persembahan istimewa yang tidak pernah anda saksikan sebelum ini.
Lebih menarik, 8 segmen etnik kreatif yang dinamakan Kreatif Andani akan membawa anda ke alam tarian etnik yang menakjubkan. Lebih 400 penari dari seluruh pelosok Malaysia, dari sekecil 7 tahun hingga dewasa, bakal mengiringi nyanyian Noraniza Idris sepanjang persembahan. Tidak lupa, pertandingan koreografi oleh 24 koreografer hebat pasti membuatkan anda terpesona!
Selama tiga malam berturut-turut di Panggung Bangsawan Melaka, anda akan disajikan dengan 24 lagu popular Noraniza Idris, dari album klasik ‘Ala Dondang’ hingga single terbaru ‘Penawar Kita’. Lebih menarik lagi, lagu-lagu etnik dari Orang Asli, Cina, India, Sabah, Sarawak, Siam, Minang, Jawa, Portugis, Baba Nyonya juga akan dipersembahkan, memaparkan keindahan budaya kita yang pelbagai.
Tidak hanya lagu, irama rodat, zapin, dikir barat, joget, dan banyak lagi tarian tradisional akan menyerikan pentas sepanjang malam, membawa penonton lebih dekat kepada warisan budaya negara.
Acara ini diadakan sempena sambutan 3 dekad Noraniza Idris dalam industri muzik, bermula dari tahun 1994 hingga 2024. Apa yang lebih istimewa?
Terdapat 10 hadiah penaja untuk pakaian ‘Irama Malaysia’ paling kreatif setiap hari. Jadi, pastikan anda berpakaian berinspirasikan etnik Malaysia untuk peluang membawa pulang hadiah eksklusif!
Rangkuman Persembahan:
- 27 September: Persembahan bersama penari cilik (7-12 tahun).
- 28 September: Persembahan dengan penari remaja (13-17 tahun).
- 29 September: Persembahan oleh penari dewasa (13 tahun ke atas).
Artis undangan seperti Dr Ihab Ismail, Azmir Arif, Miey Sanisha dan Siti Sarah Ahmad Jamil juga akan memeriahkan konsert ini.
Tiket untuk Konsert Qalam Noraniza Idris sudah boleh didapati dengan harga yang pasti berbaloi.
- Seri Balas (RM249): Makan malam, sesi ‘Up Close and Personal’ dengan artis, bingkai gambar etnik bertanda tangan, hamper Murukku Che Ani Premium.
- Masyhur (RM199): Meet & Greet, bingkai gambar bertanda tangan, goodies beg Murukku Che Ani Premium.
- Ala Dondang (RM149): Meet & Greet, bingkai gambar bertanda tangan, goodies beg Murukku Che Ani Premium.
- Sawo Matang (RM99): Meet & Greet, poskad etnik bertanda tangan, goodies beg Murukku Che Ani Premium.
Klik pautan untuk pembelian tiket:
👉 www.illasotickets.com
Tempat Terhad – jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Ajarkan kepada generasi muda tentang keindahan budaya kita sambil bergembira menikmati persembahan epik Noraniza Idris!
Melaka menanti, bersama Irama Malaysia yang memukau.