fbpx

Melayari Lautan Sambil Berhibur Bersama Tomok & Siti Nordiana!

SINGAPURA/KUALA LUMPUR, 6 Disember 2024 – Resorts World Cruises mempersembahkan pengalaman pelayaran unik yang menggabungkan hiburan eksklusif menerusi acara ‘LIVE MUSIC @ SEA’. Menampilkan dua bintang terkenal, Tomok dan Siti Nordiana, pelayaran ini bakal menghiburkan peminat dengan persembahan memukau di pentas moden Zodiac di atas kapal persiaran Genting Dream.

Acara khas ini berlangsung pada pelayaran 2 Malam Singapura – Melaka – Singapura dari 19 hingga 21 Januari 2025, dengan persembahan istimewa duet mereka pada 20 Januari 2025 (Isnin). Para penumpang bukan sahaja berpeluang menikmati persembahan selama sejam, malah dapat menyaksikan lagu hit duet mereka, “Memori Mungkin Berulang”, selain lagu solo popular masing-masing.

Pakej pelayaran 3 Hari 2 Malam ini, yang termasuk tiket persembahan eksklusif, ditawarkan pada harga bermula dari RM899 / SGD269 seorang. Lebih menarik, peminat bertuah juga boleh menyertai sesi ‘Meet & Greet’ bersama Tomok dan Siti Nordiana sepanjang pelayaran.

Siti Nordiana meluahkan rasa teruja, “Nana teruja nak belayar bersama Tomok untuk persembahan pertama kami di atas kapal persiaran Genting Dream dan sempena permulaan tahun 2025. Pastinya menarik.”

Tomok pula menambah, “Saya tak sabar bertemu peminat kami dan berharap persembahan ini memberikan pengalaman dan kenangan manis yang akan diingati selamanya.”

Menurut Encik Michael Goh, Presiden Resorts World Cruises, “Kolaborasi dengan dua artis popular seperti Tomok dan Siti Nordiana ini memberi peluang emas kepada peminat untuk bercuti sambil menikmati hiburan di lokasi unik di atas kapal sambil melawat destinasi menarik seperti Melaka.”

Sebagai kapal persiaran ‘Mesra Halal’ pertama di dunia yang mematuhi piawaian OIC/SMIIC, Genting Dream memastikan kemudahan khas untuk pengembara Muslim. Restoran The Lido menyediakan makanan halal serta pilihan vegetarian dan Jain, manakala ruang solat turut disediakan di atas kapal.

Selain persembahan eksklusif, para tetamu juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik, termasuk taman tema air dengan gelongsor air, laluan tali dan ‘zipline’, serta aktiviti rekreasi untuk seisi keluarga.

Maklumat lanjut dan tempahan boleh didapati di laman web rasmi www.rwcruises.com. Jangan lepaskan peluang untuk merasai gabungan hiburan dan pelayaran yang tidak terlupakan ini!

Facebook
Twitter
WhatsApp

Related Posts