Madam Kwan’s: Naratif Warisan, Inovasi Bisnes dan Jiwa Merdeka Malaysia

Setiap kali bulan Ogos dan September menjelma, sesuatu yang istimewa berlaku di dapur-dapur Malaysia – bau rempah yang lebih pekat, bendera yang berkibar di depan rumah, dan meja makan yang dipenuhi hidangan yang membawa kembali kenangan kampung halaman.

Di tengah-tengah semarak itu, satu nama sudah lama menjadi sebahagian daripada perjalanan rasa rakyat Malaysia – Madam Kwan’s.

Sekadar latar belakang ringkas: jenama ini lahir daripada kegigihan Kwan Swee Lian, bekas pengusaha salun kecantikan yang beralih arah pada usia 42 tahun untuk menceburi dunia F&B menerusi Restoran Sakura.

Apabila Sakura menutup tirai pada 1997, anak bongsunya Datuk Rudy Foo bersama isteri, Datin Maureen Ooi, menubuhkan Madam Kwan’s pada 1999 sebagai penghormatan kepadanya. Hampir tiga dekad kemudian, jenama itu pernah berkembang menjadi salah satu rangkaian restoran masakan Malaysia paling dikenali, dengan 15 cawangan di seluruh negara serta beberapa rekod pengembangan serantau.

Tahun ini pula, jenama tersebut membawa pulang dua khabar gembira yang bukan sahaja membanggakan pasukannya, tetapi turut menyentuh hati rakyat yang menghargai warisan kuliner tanah air.

Bagi sesebuah perniagaan keluarga yang membesar bersama rakyat Malaysia, dua pencapaian terkini membuktikan bahawa usaha berterusan membuahkan hasil.

Pensijilan Halal JAKIM

Selepas beroperasi sejak 1999, Madam Kwan’s mula memperoleh pensijilan halal rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2023 – satu langkah besar yang meningkatkan keyakinan pengguna Muslim untuk terus menikmati hidangan seperti Nasi Bojari dan Nasi Lemak tanpa was-was.

Proses ini kini merangkumi sebahagian besar cawangan di seluruh negara, dengan syarikat komited meneruskan pensijilan bagi baki cawangan yang lain – satu saha yang selari dengan semangat inklusiviti Malaysia yang menyediakan makanan untuk semua lapisan masyarakat.

Pengiktirafan Malaysia Book of Records – Nasi Bojari Paling Banyak Terjual dalam Setahun

Langkah ini adalah satu anjakan paradigma ekonomi. Dengan memperoleh sijil Halal JAKIM bagi semua cawangan, Madam Kwan’s secara rasminya telah membuka pintu kepada demografi terbesar Malaysia — pasaran Muslim.

Secara perniagaan, ini adalah langkah “market expansion” yang paling efektif, melayakkan mereka untuk memasuki segmen katering korporat dan acara rasmi kerajaan yang lebih luas.

Nasi Bojari: Dari Istana ke Meja Rakyat, Menyambut Merdeka

Ada sesuatu yang puitis apabila Nasi Bojari — hidangan nasi tiga warna yang dipercayai berasal daripada tradisi istana Nusantara, dahulunya dihidangkan khas untuk golongan bangsawan — kini boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja, di mana sahaja, tanpa mengira latar belakang.

Nasi berwarna itu, disajikan bersama ayam goreng berempah, udang assam, rendang daging, telur rebus dan acar segar, menjadi simbol kecil tentang perjalanan besar sebuah negara: daripada eksklusif kepada inklusif, daripada istana kepada rakyat jelata.

Sempena bulan Merdeka dan Hari Malaysia, kisah ini membawa makna yang lebih mendalam. Makanan sentiasa menjadi penghubung paling ikhlas antara rakyat berbilang kaum — ia melangkaui sekat budaya dan sejarah, mewujudkan ikatan yang bertahan lama.

Ketika Nasi Bojari kini turut disajikan di premis yang bersijil halal, ia bukan sekadar soal pematuhan piawaian, tetapi lambang penghormatan terhadap kepelbagaian rakyat Malaysia — sesuatu yang amat bertepatan dengan semangat perpaduan yang cuba dipupuk setiap kali negara menyambut kemerdekaan.

Dalam erti kata lain, setiap pinggan Nasi Bojari yang dihidangkan bulan ini bukan sekadar mengenyangkan perut — ia turut menyuap sedikit sejarah, sedikit warisan, dan sedikit semangat kebangsaan kepada sesiapa yang menikmatinya.

Nilai Ekonomi di Sebalik Mangkuk Nasi

Di sebalik cerita warisan, angka-angka turut bercakap. Suez Top Ventures Sdn Bhd, syarikat pemegang jenama Madam Kwan’s, mencatatkan peningkatan hasil jualan bersih sebanyak 24.69 peratus pada 2024, disokong pertumbuhan jumlah aset sebanyak 31.74 peratus dalam tempoh yang sama — angka yang menunjukkan daya tahan sebuah perniagaan keluarga dalam industri F&B yang sengit persaingannya.

Dengan rangkaian 15 cawangan dan ratusan pekerja di seluruh negara, Madam Kwan’s turut menyumbang kepada mata pencarian rakyat tempatan, daripada juruteknik dapur pusat hinggalah kepada pengurus kawasan di setiap negeri yang disinggahi.

Usaha meneruskan pensijilan halal turut membuka lebih banyak peluang pasaran domestik yang lebih luas, manakala penerokaan francais serantau seperti di Indonesia mencerminkan ambisi jenama tempatan untuk terus berkembang di luar sempadan — membawa nama Malaysia bersama setiap pinggan yang dihidangkan.

Inilah yang menjadikan kisah Madam Kwan’s istimewa buat bulan Merdeka ini — bukan sekadar cerita jenama makanan yang berjaya, tetapi cerita tentang bagaimana warisan, keluarga, dan semangat kebangsaan boleh berkembang bersama, sepinggan demi sepinggan./LOCCO

Facebook
Twitter
WhatsApp