Kalau sebelum ini industri pelancongan nampak “bebas” di media sosial, sekarang nampaknya tidak lagi.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak yang menjalankan perkhidmatan pelancongan tanpa lesen; sama ada secara online, di media sosial, atau secara fizikal.
Dan kali ini, ia bukan sekadar amaran kosong. Baru-baru ini, operasi bersepadu telah dijalankan di Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna melibatkan kerjasama antara PDRM, LHDN dan ESSCOM.
Maksudnya?
Ini bukan lagi isu kecil-kecilan. Ini dah masuk fasa penguatkuasaan serius.
Bagi yang masih ambil ringan, penalti yang menanti bukan calang-calang boleh dikenakan:
- Denda sehingga RM500,000
- Penjara sehingga 10 tahun
- Atau kedua-duanya sekali
Semua ini di bawah Akta 482 jika disabitkan kesalahan.
Menariknya, MOTAC juga beri peringatan kepada pemain industri yang berlesen.
Kalau anda sah, jangan sesekali berurusan dengan operator yang tidak berlesen termasuklah:
- pakej pelancongan tidak sah
- penginapan tidak berdaftar
- kenderaan yang tidak diluluskan untuk tujuan pelancongan
Pendek kata, “shortcut” dalam industri ini kini datang dengan risiko besar.
Industri yang lebih bersih?
Langkah ini selari dengan usaha memperkukuh tadbir urus dalam kerangka Malaysia MADANI — dengan fokus kepada ketelusan dan keselamatan pengguna.
Pada masa sama, orang ramai juga digalakkan untuk tampil menyalurkan maklumat melalui sistem aduan awam (SISPAA).
Apa Maknanya Untuk Kita?
Bagi pengguna, ini sebenarnya satu perkembangan yang positif. Lebih banyak penguatkuasaan bermaksud:
- lebih selamat untuk travel
- lebih jelas siapa yang sah
- dan kurang risiko ditipu
Untuk industri pula, ini mungkin masa untuk “reset” – kembali kepada asas: kredibiliti dan kepercayaan.
Akhirnya, mesejnya yang kita pelajari di sini mudah
Dalam dunia pelancongan hari ini, bukan semua yang nampak menarik di Instagram itu sah. Dan selepas ini, kemungkinan besar, ia juga tak akan terlepas.



