Gardenia Rakan Strategik, Roti Susu Baharu Curi Tumpuan Merdeka 2026

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd tampil sebagai Rakan Strategik bagi sambutan Hari Kebangsaan 2026 anjuran Kementerian Komunikasi, yang berlangsung meriah di Dataran Putrajaya hari ini.

Menurut kenyataan media Gardenia, kerjasama ini membuktikan sokongan jenama roti kesayangan rakyat itu terhadap usaha memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia, selaras dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Penglibatan Gardenia dalam sambutan bermakna ini turut mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong agenda kebangsaan serta memupuk semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan rakyat.

Perkenal Original Classic Supreme Milk Bread, roti susu lebih tebal

Sempena sambutan ini, Gardenia turut memperkenalkan penambahan terbaharu dalam koleksi Original Classic mereka – Gardenia Original Classic Supreme Milk Bread 400g.

Varian baharu ini direka bagi menawarkan lebih pilihan kepada pengguna dalam kategori roti, dengan hirisan yang lebih tebal bagi julat roti susu jenama tersebut.

Selaras dengan janji jenama Original Classic, “So Good… You Can Even Eat It on Its Own,” roti ini sedap dinikmati begitu sahaja, di samping turut sesuai dijadikan bahan asas untuk pelbagai resipi, menjadikannya pilihan serba boleh untuk sebarang hidangan.

Sumbangan bernilai RM15,000 buat pengunjung perbarisan

Sebagai sebahagian daripada komitmen di acara perbarisan Hari Kebangsaan ini, Gardenia turut menyumbang pelbagai produk roti Gardenia serta cenderahati eksklusif kepada pengunjung.

Sebanyak 5,000 cenderahati kipas tangan eksklusif diedarkan, bersama pelbagai produk Gardenia lain, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM15,000.

Terdahulu pada acara Pra-Pelancaran Hari Kebangsaan yang diadakan pada 12 Ogos 2026, Gardenia turut mengedarkan 600 ketul roti Original Classic Supreme milk bread, memberi peluang orang ramai merasai roti tersebut buat julung kalinya. I

nisiatif ini mencerminkan komitmen Gardenia untuk turut berkongsi kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan 2026, sekali gus mendekatkan jenama tersebut dengan masyarakat menerusi pengalaman yang lebih bermakna.

Gerai jualan istimewa di Kampung Rakan Strategik

Gardenia turut membuka gerai jualan istimewa di Kampung Rakan Strategik, Dataran Putrajaya sepanjang tempoh sambutan. Gerai tersebut menawarkan 1,000 pek gabungan pada harga promosi istimewa bermula RM10, menggabungkan pelbagai produk roti Gardenia termasuk roti susu Original Classic Supreme yang baharu dilancarkan.

Gerai itu turut menampilkan pelbagai aktiviti interaktif sesuai untuk seisi keluarga, menambah semarak sambutan sambil memberi ruang kepada keluarga menghabiskan masa berkualiti bersama.

Penglibatan Gardenia sebagai Rakan Strategik ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong inisiatif kerajaan serta menyumbang kepada kejayaan sambutan Hari Kebangsaan 2026.

Menerusi penglibatan ini, Gardenia berharap dapat terus berdiri bersama rakyat Malaysia dalam memupuk semangat patriotisme, mengukuhkan perpaduan, serta mencipta pengalaman sambutan yang bermakna buat keluarga di seluruh negara.

LOCCO: Bila roti harian menjadi sebahagian daripada perayaan kebangsaan

Bagi LOCCO, kerjasama Gardenia dengan Kementerian Komunikasi sempena Hari Kebangsaan ini menarik kerana ia menunjukkan bagaimana sebuah produk yang begitu dekat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia — roti sarapan pagi, turut boleh menjadi wadah menyemai semangat cinta akan negara.

Lebih daripada sekadar promosi produk baharu, penglibatan sebegini turut mencerminkan tanggungjawab korporat sebuah jenama tempatan yang telah lama menjadi sebahagian daripada dapur rakyat Malaysia sejak 1986.

Sumbangan seperti pengedaran percuma roti dan cenderahati kepada pengunjung turut selari dengan semangat perkongsian yang telah lama dipegang Gardenia, termasuk sumbangan roti segar harian kepada lebih 80 pertubuhan amal di seluruh negara sejak bertahun-tahun lamanya.

LOCCO percaya, inisiatif seperti ini menunjukkan bagaimana jenama korporat boleh terus relevan dan disayangi rakyat, bukan sekadar menerusi kualiti produk, tetapi turut menerusi komitmen ikhlas terhadap masyarakat dan negara./LOCCO

Facebook
Twitter
WhatsApp