fbpx

Tak Lengkap Raya Tanpa

"Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Batin"

“Kuih dan muih beraneka macam, Makanlah, jangan hanya dipandang. Ketupat rendang sila nikmati, Kawan penat memasak malam ke pagi”

Tak lengkap Raya tanpa berkumandang lagu-lagu raya yang tak lekang menceritakan tentang kemeriahannya membuatkan kita bersemangat walau di mana pun kita berada dan walau apa jua cabaran dihadapi. 

Pelbagai nostalgia yang dapat diimbau setiap dari kita bagi meraikan hari yang mulia ini terutamanya bersama insan yang tersayang. Masih berbeza tahun ini tapi ia tidak memutuskan hubungan kita untuk beraya.

Memasak Aneka Juadah Raya

Ketika inilah kebanyakan dapur akan berasap melakukan persiapan raya dengan memasak pelbagai juadah yang wajib terhidang di atas meja untuk kita jamah di pagi raya. Ketupat antara hidangan penting, mungkin ada yang tengah sibuk mengayam ketupat sekarang ini. Lemang juga tidak dilupakan, mungkin sedikit sukar untuk memasaknya jika bukan di kampung tetapi kini lebih mudah kerana akan ada sahaja yang menjualnya di tepi jalan dan ada juga yang terus menghantarnya di rumah.

Sudah cukup dua itu mestilah kita kena padankan dengan masakan rendang ataupun kuah kacang. Ada yang meminati rendang ayam, ada yang lebih gemar rendang daging dan tidak terkecuali dengan variasi lain seperti kerang dan macam-macam lagi mengikut selera setiap orang. Walaupun tidak di kampung, kita masih boleh melakukannya bersama keluarga secara tak langsung merapatkan lagi hubungan sesama suami isteri dan juga anak-anak.

Memakai Baju Raya Baru

Baju raya tetap menjadi keutamaan setiap keluarga walaupun tidak ke mana pada tahun ini. Ada yang belum lagi ramadhan tetapi baju raya sudah pun siap dan ada juga yang membeli disaat akhir secara online untuk lebih mudah kerana kekangan masa. Menarik cerita pasal baju raya ni, pasti ramai yang akan memilih untuk mencari warna baju sedondon nak menunjukkan betapa akhrabnya hubungan sesama keluarga. Pilihan warna tanak cakaplah memang terlalu banyak di luar sana yang pastinya ada untuk melengkapkan pakaian dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.

Ketika inilah kita akan banyak bergambar bersama keluarga, menggayakan OOTD raya yang pastikan akan memeriahkan lagi media sosial bermula 1 Syawal ini. Tidak berkumpul bersama sanak saudara takda masalah, cukup sekadar mengirimkan gambar sekeluarga untuk kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. 

Gotong-Royong Menghias Rumah 

Ketika inilah emak-emak akan kerahkan tenaga semua orang untuk tolong menghias rumah. Ada yang menukar langsir baru, mengecat rumah, menukar perabot baru, mengubah susunan perabot dan sebagainya. Dah alang-alang tahun ini kita hanya dibenarkan beraya di rumah, mestilah kena pastikan rumah dalam keadaan bersih dan ceria untuk mendapatkan mood raya walaupun sedikit berbeza.

Ditambah pula kemeriahanya dengan ada yang menghiasi luar rumah dengan lampu liplap dan ada yang memilih untuk memasang pelita sebagai tanda kita meraikan hari ketibaan hari kemenangan. Tidak terlepas juga peluang anak-anak untuk bermain bunga api mewarnai perkarangan rumah bersama ibu ayah mereka.

Ziarah Menziarahi Sanak Saudara

Tidak boleh rentas negeri mahupun daerah tidak menghalang untuk kita masih kekal berhubung antara satu sama lain. Rancanglah pada hari raya pertama dengan melakukan video call beramai-ramai antara sanak saudara di meja makan sambil menjamah juadah yang telah disediakan. Teknologi menjadi penghubung untuk kita merapatkan lagi walaupun berjauhan, setiap detik manis masih dapat dikongsikan bersama dan masih dapat kira rasai kehadiran mereka di sini.

Walaupun kita di dalam suasana yang getir sekarang ini, janganlah ia menjadi penghalang untuk kita masih meraikan hari raya di samping mereka yang tersayang. Tanpa kita sedar, pengorbanan yang dilakukan ini telah menyelamatkan ribuan nyawa – sentiasa menjaga diri dan keluarga agar kita bebas dari pandemik ini kekak. Ingat #KitaJagaKita. 

Facebook
Twitter
WhatsApp

Related Posts