Membaca Dengan Vibe Festival: Kota Baca 2026 Janji Pengalaman Berbeza

Ada sesuatu yang berbeza bila kita bercakap tentang membaca.

Selalunya ia sunyi. Peribadi hanya antara kita dan buku, betul?

Tapi kali ini, di tengah-tengah Kuala Lumpur, di Dataran Merdeka khususnya, membaca akan jadi sesuatu yang hidup, bising, dan … jujurnya, lebih dekat dengan realiti kita hari ini.

Dalam lebih kurang seminggu lagi, KOTA BACA 2026 akan berlangsung. Bukan sekadar acara literasi biasa, tapi satu gerakan yang cuba menjadikan membaca sebagai gaya hidup, bukan lagi sesuatu yang “kena buat”, tapi sesuatu yang kita nak buat.

Dan di sinilah peranan LOCCO bermula. Sebagai sebahagian daripada usaha besar ini, LOCCO tampil bukan sekadar sebagai penyokong tetapi sebagai penganjur pengalaman.

Kami melihat satu jurang yang jelas: ramai yang tahu membaca itu penting, tapi tidak semua rasa ia relevan.

Jadi kami bina sesuatu yang lebih santai. Lebih manusiawi atau ‘memanusiakan”.

Satu ruang di mana pembaca tegar, pembaca baru, malah yang “tidak pernah punyai hobi membaca pun” – boleh datang tanpa rasa janggal.

Bukan untuk jadi perfect reader, tetapi untuk — bermula.

BUKA BUKU: Bila Buku Jadi Sebab Untuk Berkumpul

Pada 25 April, dari petang sampai malam, LOCCO akan menghidupkan satu segmen khas: Buka Buku.

Bayangkan ini, bukan perpustakaan tetapi satu komuniti.

Ada yang datang dengan buku lama untuk didermakan. Ada yang mencari buku baru melalui orang yang tak dikenali. Ada yang cuma duduk, baca satu muka surat… dan akhirnya teruskan.

Semua ini berlaku dalam satu ruang yang sama.

Kalau kau ingat membaca itu pasif, mungkin ini masa untuk rethink. Dalam ruang LOCCO, kita akan ada:

  • Jejak Buku (Book Hunt): macam treasure hunt, tapi dengan buku. Kau bergerak, berfikir, dan cari.
  • Derma Buku: buku lama kau mungkin jadi dunia baru untuk orang lain.
  • Petik Kata (Quote Wall): dinding penuh ayat yang pernah ubah hidup orang. Mungkin kau jumpa satu yang ubah hidup kau juga.
  • Joget Buku: ya, membaca pun boleh ada beat. Tradisional + moden + komuniti.

Semua ini bukan sekadar aktiviti. Ini cara untuk buat membaca rasa hidup.

Sebuah Negara, Satu Tabiat

Apa yang menarik tentang KOTA BACA 2026; ia bukan hanya tentang acara empat hari, malah ia tentang idea yang lebih besar.

Tentang menjadikan membaca sebagai norma tetapi sebagai budaya. Sebagai sesuatu yang tak perlu dipaksa. Dan LOCCO, dengan cara kami yang sedikit berbeza, cuba buktikan satu perkara:

Membaca tak semestinya sunyi. Kadang-kadang, ia paling bermakna bila dibuat bersama.

Kalau ramai tanya kenapa semua ini penting; jawapannya mudah.

Sebab setiap pembaca bermula dari satu detik kecil.

Mungkin di satu sudut Dataran Merdeka.
Mungkin dengan satu buku yang kau tak rancang pun nak baca.

Atau mungkin … hanya sebab kau datang, dan rasa nak cuba.

Dan kalau itu berlaku; walaupun sekali, mungkin LOCCO dah berjaya./LOCCO

Facebook
Twitter
WhatsApp